Tuesday, 2 October 2012

Rahsia & Khasiat Minyak Zaitun




Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 

Secara umumnya, minyak zaitun jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.

Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.

Minyak Zaitun Untuk Turunkan Berat Badan
Minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu teh setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun (Olea europaena) dan merupakan tanaman Mediterranean tradisional.
Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga boleh dibakar.
Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong.
Kebaikan Minyak Zaitun
Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.


Khasiat Minyak Zaitun menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah


Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh sebab itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. 

Walau bagaimanapun semua jenis minyak zaitun boleh melembutkan kulit serta melambatkan penuaan. Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. Pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. Minyak zaitun banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak. Walaupun banyak berpendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidak sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan.


Minyak masak selain yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tidak mengalami proses pengoksidaan serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Melihat pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan. Pengambilan minyak zaitun boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.

No comments:

Post a Comment